Terma & Syarat

Terma dan Syarat penyertaan Komuniti GP313

Terma & Syarat

Laman web GP313.com merupakan laman komuniti dimana Rakan Komuniti saling bantu membantu. Juga merupakan laman promosi untuk membantu Rakan Komuniti mempromosikan Produk Jualan & Perkhidmatan mereka. Rakan Komuniti juga boleh membeli produk promosi dengan harga diskaun (jika ada).

Dengan menyertai Program Komuniti ini, anda faham dan bersetuju bahawa :

  1. Anda menyertai program ini dengan Rela Hati, tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
  2. Pembayaran anda ada untuk membeli tapak iklan di web GP313.com, dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
  3. Anda bertanggungjawab 100% sepenuhnya atas apa jua keuntungan dan kerugian hasil dari menyertai Program Komuniti ini.
  4. Anda tidak mendaftarkan nama orang lain tanpa permintaan mereka.
  5. Anda faham, hasil pendapatan adalah dari hasil usaha anda sendiri mempromosikan Laman Komuniti ini dan paparan jumlah pendapatan di laman web ini adalah sebagai contoh pengiraan sahaja.
  6. Pendapatan sebenar, bergantung kepada usaha dan strategi anda sendiri.
  7. Anda akan sentiasa menjaga baik nama GP313.com, pihak pengelola dan semua Rakan Komuniti.
  8. Anda akan melaporkan kepada pihak pengelola, jika anda dapati ada Rakan Komuniti yang melakukan perkara-perkara yang akan menjejaskan nama baik Komuniti GP313.com.
  9. Anda tidak akan menuntut sebarang pembayaran yang telah dilakukan.
  10. Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya kepada iklan yang dihantar di web ini.
  11. Pihak pengelola berhak mengubah, membaiki, menaiktaraf dan menutup program komuniti ini bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  12. Pihak pengelola berhak mengubah Terma dan Syarat ini bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  13. Rakan Komuniti yang melakukan mana-mana kesalahan bertentangan dengan Tatasusila Agama dan Negara akan dibatalkan keahlian. Notis mungkin diberikan atas budi bicara pengelola.
  14. Pihak Pengelola akan sentiasa memastikan program komuniti ini memberikan kebaikan kepada semua Rakan Komuniti.
  15. Pihak pengelola akan berbincang dengan anda jika terdapat sebarang masalah timbul sewaktu pendaftaran ke NEXTBIZ. Jika tiada sebarang penyelesaian dipersetujui bersama, pihak pengelola mempunyai hak untuk menyekat akaun anda.
  16. Tiada paksaan untuk ahli GP313 untuk menyertai NEXTBIZ, jika ahli tidak berminat menyertai NEXTBIZ, tabung RM360 tidak akan dipulangkan, dan semua downline beliau akan dipindahkan kepada Upline yang telah menyertai NEXTBIZ sebelumnya.
  17. Pihak Pengelola akan menyekat mana-mana akaun yang didapati melakukan kesalahan atau melanggar terma dan syarat ini.


Terima kasih
Pengelola GP313.com